Pengenalan

Kad Ahli KU

Kad Ganjaran Keahlian ini ialah satu progam yang dibawa khas kepada semua pelanggan kami sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda. Tanpa sokongan anda, kami tidak mungkin dapat berkembang perniagaan kami dengan pesat.

Dengan pelancaran program kad keahlian ini, Pasaraya Ku harap dapat memahami pelanggan kami dengan lebih mendalam. Kad keahlian ini boleh digunakan untuk mengumpul mata setiap kali anda berbelanja di mana-mana cawangan Pasaraya Ku.

Mata yang dikumpul boleh ditukar kepada baucar tunai dan baucar tersebut boleh digunakan di mana-mana cawangan Pasaraya Ku. Pelanggan boleh menikmati cara moden untuk berbelanja tanpa membawa wang bersama. Mata yang dikumpul tidak mempunyai tarikh luput. Sebagai ahli Kad Ganjaran Keahlian Pasaraya Ku, anda dijemput menghadiri setiap acara yang dianjur oleh Pasaraya Ku pada masa akan yang datang.

Kad Silver KU

Kad Silver KU dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada ahli yang sudah lama bersama Pasaraya Ku. Pemegang kad ahli yang bernombor 7299-0204-XXXX-XXXX layak meningkat taraf kad keahlian lama ke Kad Silver KU. Ahli boleh berbuat demikian dengan membawa kad keahlian lama ke mana-mana cawangan Pasaraya Ku untuk menukar ke Kad Silver.

Untuk Kad Ahli biasa, ahli akan mendapat 1 mata ganjaran dengan setiap pembelian RM2 tetapi bagi Kad Silver KU, ahli mendapat lebih faedah kerana 1 mata ganjaran akan diberi untuk setiap pembelian RM1.

Belanja RM1 = 1 mata ganjaran KU

Selain mendapat kad ahli baru, ahli juga akan diberi sekeping baucar tunai bernilai RM10 yang didatangkan sekali dengan Kad Silver.