Persoalan yang Biasa Ditanya

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Kad Ahli saya telah hilang atau rosak?
Untuk kehilangan atau kerosakan Kad Ahli, anda perlu membeli Kad Ahli baru dari Kaunter Pembayaran. Isi Borang Permohonan dan tandakan “Kad Hilang/Rosak” pada bahagian atas Borang Permohonan. Kembalikan borang permohonan yang telah diisi ke kaunter pembayaran.

Adakah mata yang dikumpul terdahulu akan dibatalkan jika Kad Ahli saya telah hilang?
Tidak. Setelah anda membeli Kad Ahli baru, mata yang dikumpul pada kad lama akan dipindah ke kad baru dalam tempoh 14 hari bekerja.

Adakah saya perlu memaklum pihak Pasaraya Ku jika saya telah pindah atau tukar nombor telefon?
Ya, kerana ini akan membantu kami memberi layanan yang terbaik serta informasi atau promosi yang terkini kepada anda. Anda boleh pilih untuk mengemaskini maklumat anda dari semasa ke semasa di laman web Ahli Pasaraya Ku.

Bolehkah saya mengumpul mata sambil menikmati promosi Ahli semasa peraduan atau promosi khas untuk Ahli dijalankan?
Terma dan syarat-syarat pemberian mata mungkin berbeza bergantung kepada peraduan atau promosi yang dijalankan. Anda boleh merujuk terma dan syarat-syarat semasa promosi tersebut dijalankan.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pembelian yang dibuat tidak disenarai dalam akaun Ahli saya selepas tempoh masa yang panjang walaupun saya ada menggunakan Kad Ahli semasa membuat pembayaran?
Untuk setiap pembelian, transaksi tersebut boleh disemak dalam akaun Ahli selepas 7 hari bekerja dari tarikh pembelian dilakukan. Anda boleh menghubungi Talian Member Care 013-431 0000 pada waktu yang ditetapkan untuk membuat laporan, dan pegawai Member Care kami akan membantu anda dalam proses tersebut.