Profil Syarikat

Sejarah Pasaraya Ku

Pasaraya Ku Trading Sdn. Bhd. ditubuhkan oleh En. Liew Chee Keong pada tahun 1998 dengan sokongan dari isteri yang tersayang. Cawangan pertama Pasaraya Ku terletak di Tanjung Rambutan, Perak. Dari perniagaan satu kedai, Pasaraya Ku telah berkembang ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan jangka masa beberapa tahun.

Ketekadan terhadap potensi perniagaan ini telah membantu Pasaraya Ku mengambil langkah untuk membuka cawangan di negeri lain juga (rujuk lokasi cawangan). Cawangan Pasaraya Ku biasanya dibuka di kawasan pedalaman untuk membawa barangan yang berkualiti dan harga berpatutan kepada penduduk sekelilingnya. Ini juga bertujuan untuk membuka lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Pasaraya Ku telah menubuhkan ibu pejabat dan gudang di Kawasan Industri Ringan Bercham, Perak. Infrastruktur yang berwarna-warni ini jelas menggambarkan makna dan misi Pasaraya Ku, mewarnai kehidupan pelanggan.

Pasaraya Ku merupakan satu perniagaan kedai rangkaian yang menjual pakaian dan barangan keperluan harian. Produk yang dijual terdiri daripada pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, bayi, beg, kasut dan mainan. Pasaraya Ku turut menjual barang keperluan harian seperti tuala, selimut, langsir, sarung kusyen dan alat kelengkapan persekolahan dengan harga amat berpatutan. Produk dihantar ke cawangan setiap minggu untuk membawa rekaan terkini dan menampung permintaan pelanggan.