Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 
 
T-Shirt kolar (RM 16.90) T-Shirt kolar (RM 16.90) T-Shirt kolar (RM 16.90) Jacket lelaki lengan panjang (RM 19.90) T-Shirt (RM 12.90) T-Shirt (RM 12.90) T-Shirt (RM 10.50) T-Shirt (RM 20.90) T-Shirt kolar (RM 21.90) Set bayi (RM 7.50) Set bayi (RM 7.50) Set bayi (RM 7.50) Set bayi lengan panjang (RM 7.50) Set bayi lengan panjang (RM 7.50) Set bayi lengan panjang (RM 7.50) Set bayi perempuan (RM 9.90) Sey bayi perempuan (RM 9.90) T-Shirt lelaki (RM 11.90) T-Shirt lelaki (RM 11.50) T-Shirt perempuan (RM 11.90)
Nama Ahli:
Kata Laluan:
 
 
 

Acara & Aktiviti

 

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)


Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan suatu komitmen bagi golongan korporat dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui amalan perniagaannya dan sumbangan yang dapat diberikan. CSR membawa maksud syarikat bertanggungjawab dengan mengambil kira minat klien, para pekerja, pemegang-pemegang berkepentingan, komuniti dan pertimbangan ekologi dalam semua aspek operasi perniagaan.

Sebagai sebuah syarikat korporat yang mementingkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, pihak syarikat sentiasa memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Ini bertepatan dengan slogan syarikat iaitu “ Bijak Berbelanja, Harga Rendah Setiap Hari “. Setelah 11 tahun beroperasi, nama syarikat semakin dikenali di kalangan masyarakat tempatan terutamanya dikalangan penduduk di kawasan pedalaman, iaitu kawasan sasaran kami.

Selain daripada penawaran harga yang berpatutan, pihak syarikat sentiasa berusaha dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporatnya agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Bersempena dengan acara cabutan bertuah yang telah berlangsung di Pasaraya Ku cawangan Taiping pada 10 Januari 2009 yang lalu, pihak syarikat telah melancarkan projek terbaru kami yang di beri nama “Rumah Inspirasi Ku”. Nama ini dipilih kerana dengan adanya sokongan pelanggan setia kami, ia telah memberi inspirasi kepada kami untuk memberi sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang terlibat sebanyak ringgit Malaysia satu (RM 1) dari setiap hasil jualan beg kitar semula. Pertubuhan-pertubuhan yang dipilih adalah yang berhampiran dengan setiap 30 cawangan Pasaraya Ku. Projek ini merupakan langkah permulaan kami untuk memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Harapan kami, projek ini dapat menceriakan golongan yang kurang bernasib baik dengan meringankan beban kewangan mereka. Sekiranya usaha murni ini mendapat sambutan yang menggalakkan, tidak mustahil kami akan meneruskan projek-projek seumpama ini di masa akan datang.

    

  

 

 

 

 

**** PASARAYA KU ****

**Jualan Karnival 2010**

*****Jan 09, 2010*****

 

 

 

 

 

Terima kasih kerana memilih
kad keahlian Pasaraya KU

Jumlah ahli sehingga hari ini

65,000
--------------------------











Laman Utama | Hubungi Kami | SiteMap | Profil Syarikat | Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) | Lokasi Cawangan | Acara & Aktiviti


Copyright © Pasaraya Ku Trading Sdn. Bhd. All Rights Reserved.