Terma & Syarat:-

  1. Program Cabutan Bertuah akan berlangsung pada 1 hb November 2023 sehingga 30hb April 2024 secara serentak di semua cawangan Pasaraya KU.
  2. Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua Ahli Pasaraya KU sahaja.
  3. Cabutan bertuah ini sah untuk semua barangan Pasaraya KU.
  4. Ahli yang ingin menyertai cabutan bertuah ini perlu mencapai nilai pembelian yang telah ditetapkan iaitu:
    a) IPHONE 15 PRO MAX : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian.
    b) YAMAHA Y16ZR : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian. 
    c) PERODUA ATIVA 1.0L TURBO X : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian.
    d) HYUNDAI STARIA 10-SEATER LITE : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM500 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian.
  5. Ahli boleh menyertai cabutan bertuah ini melebihi satu (1) resit mengikut nilai pembelian yang telah ditetapkan.
  6. Resit pendua (reprint) tidak dibenarkan untuk menyertai cabutan bertuah ini.
  7. 1 cabutan hadiah akan dijalankan bagi setiap nilai pembelian 10,000 keping resityang terkumpul sahaja.
  8. Baki resit akan dibatalkan setelah selesai 1 cabutan. Cabutan yang baru akandijalankan bagi setiap 10,000 keping resit pembelian yang terkumpul berikutnya.
  9. Pilihan warna setiap hadiah telah ditetapkan.
  10. Hadiah cabutan kereta Hyundai Staria, Perodua Ativa dan Yamaha Y16ZR untuk Road Tax, Insurance dan no. plat kenderaan adalah di bawah tanggungan pemenang sendiri.
  11. Hadiah setiap cabutan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau hadiah yang lain.
  12. Pemenang yang sah sahaja dibenarkan untuk mengambil hadiah cabutan tersebut.
  13. Mata ganjaran boleh dikumpul melalui cabutan bertuah ini.
  14. Pihak Pasaraya KU berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa sebarang notis.