Pasaraya Ku Trading Sdn. Bhd. ditubuhkan oleh Dato’ Liew Chee Keong pada tahun 1998 dengan sokongan dari isteri yang tersayang. Cawangan pertama Pasaraya Ku terletak di Tanjung Rambutan, Perak. Dari perniagaan satu kedai, Pasaraya Ku telah berkembang ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan jangka masa beberapa tahun.

Ketekadan terhadap potensi perniagaan ini telah membantu Pasaraya Ku mengambil langkah untuk membuka cawangan di negeri lain juga (rujuk lokasi cawangan). Cawangan Pasaraya Ku biasanya dibuka di kawasan pedalaman untuk membawa barangan yang berkualiti dan harga berpatutan kepada penduduk sekelilingnya. Ini juga bertujuan untuk membuka lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Pasaraya Ku telah menubuhkan ibu pejabat dan gudang di Kawasan Industri Ringan Bercham, Perak. Infrastruktur yang berwarna-warni ini jelas menggambarkan makna dan misi Pasaraya Ku, mewarnai kehidupan pelanggan.

Pasaraya Ku merupakan satu perniagaan kedai rangkaian yang menjual pakaian dan barangan keperluan harian. Produk yang dijual terdiri daripada pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, bayi, beg, kasut dan mainan. Pasaraya Ku turut menjual barang keperluan harian seperti tuala, selimut, langsir, sarung kusyen dan alat kelengkapan persekolahan dengan harga amat berpatutan. Produk dihantar ke cawangan setiap minggu untuk membawa rekaan terkini dan menampung permintaan pelanggan.

Pengiktirafan


2018

Pasaraya KU meraikan ulang tahun ke-20

2017

Pasaraya KU membuka cawangan di Indonesia dengan gelaran Abadi KU Busana Indonesia mulai Januari 2017

2015

Pada Mei 2015, Pasaraya KU membuka kedai online KuBoutique @ FB.

2009

Projek Rumah Inspirasi Ku dilancarkan pada tahun 2009. Sumbangan diberi kepada rumah anak-anak yatim melalui hasil jualan beg kitar semula.

2007

Kempen Kad Ahli Ku dilancarkan pada 15 Disember 2007. Kini, kempen ini mempunyai lebih 100, 000 ahli

2006

Pasaraya KU memindah ke ibu pejabat dan gudang baru yang dibina di Bercham, Perak pada tahun 2006

1998

Pada tahun 1998, kedai pertama dibuka di Tanjung Rambutan, Perak