Langkah 1: Muat Turun Aplikasi
Muat turun aplikasi Pasaraya KU di Play Store atau App Store.
Langkah 2: Log Masuk Kad Ahli
Masukkan No. Kad Ahli untuk log masuk ke dalam aplikasi. (Tertakluk satu (1) jenis kad ahli hanya untuk satu (1) akaun di aplikasi.)
Langkah 3: Pilih Barang Penebusan
Tekan ikon “Redemption” dan pilih barang penebusan yang dikehendaki.
Langkah 4: Pilih Cawangan Sebelum “Submit”
Pilih cawangan Pasaraya KU yang berdekatan untuk mengambil barang penebusan , tanda (/) pada bahagian terma dan syarat-syarat sebelum tekan butang “Submit”.
Langkah 5: Terima Pesanan Ringkas (SMS).
Jika penebusan sudah berjaya, anda akan menerima pesanan ringkas notifikasi dan mata ganjaran ahli akan ditolak secara automatik.

Terma dan syarat

  1. Hanya pemegang kad ahli yang sah boleh membuat penebusan.
  2. Bawa bersama Kad Keahlian dan Kad Pengenalan, ke cawangan untuk mengambil barang.
  3. Barang penebusan akan dihantar ke cawangan yang ahli pilih dalam tempoh 2-3 minggu hari berkerja. Ibu pejabat akan menghubungi ahli supaya datang ke cawangan tersebut untuk mengambil barang penebusan.
  4. Barang yang ditebus tidak boleh ditukar dengan barangan yang lain atau kepada wang tunai.
  5. Ahli perlu memeriksa barangan yang ditebus sebelum meninggalkan kaunter pembayaran Sebarang kerosakan selepas meninggalkan kaunter pembayaran tidak akan ditukar ganti atau dibayar balik dengan tunai.
  6. Stok barangan adalah terhad dan boleh ditebus sehingga stok habis.