Terma & Syarat:-

    1. Pemberian baucar tunai bermula pada tarikh 1hb Mei 2024 sehingga 15hb Oktober 2024 sahaja.
    2. Setiap baucar tunai sah diguna sebelum tempoh tamat sahaja, iaitu 15hb Oktober 2024.
    3. Baucar tunai hanya sah digunakan untuk Ahli Pasaraya KU sahaja.
    4. Pemberian baucar tunai terbuka kepada semua Ahli Pasaraya KU yang memenuhi nilai pembelian barangan RM20.00 dan ke atas.
    5. Baucar tunai hanya sah digunakan untuk pembelian seterusnya dengan nilai pembelian RM20.00 dan ke atas sahaja.
    6. Ahli tidak layak mendapat baucar tunai yang seterusnya, sekiranya pembelian barangan tersebut dibayar menggunakan baucar tunai.
    7. Setiap baucar tunai hanya boleh ditebus sekali sahaja.
    8. Setiap SATU(1) resit pembelian hanya boleh menebus SATU (1) keping baucar tunai RM2 SAHAJA.
    9. Baucar tunai sah untuk pembelian semua jenis barangan Pasaraya KU.
    10. Baucar tunai tidak sah tanpa penandatangan yang sah dari Pasaraya KU HQ.
    11. Baucar tunai tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
    12. Baucar tunai yang dicetak semula “Photocopy” dan tiada cop kedai adalah tidak sah.
    13. Baucar tunai sah digunakan di semua cawangan Pasaraya KU.
    14. Baucar tunai hanya boleh digunakan oleh pemegang baucar tunai sahaja.
    15. Stok pemberian baucar tunai adalah terhad dan diberi sementara stok masih ada.
    16. Pasaraya KU tidak akan bertanggungjawab ke atas baucar yang sudah tamat tempoh/koyak/rosak/kotor/hilang.
    17. Pasaraya KU berhak untuk mengubah terma & syarat tanpa sebarang notis awal.