Terma & Syarat:-
- Program Cabutan Bertuah akan berlangsung pada 1 hb November 2023 sehingga 30hb April 2024 secara serentak di semua cawangan Pasaraya KU.
- Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua Ahli Pasaraya KU sahaja.
- Cabutan bertuah ini sah untuk semua barangan Pasaraya KU.
- Ahli yang ingin menyertai cabutan bertuah ini perlu mencapai nilai pembelian yang telah ditetapkan iaitu:
a) IPHONE 15 PRO MAX : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian.
b) YAMAHA Y16ZR : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian.
c) PERODUA ATIVA 1.0L TURBO X : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian.
d) HYUNDAI STARIA 10-SEATER LITE : Ahli perlu berbelanja sebanyak RM500 dan ke atas dalam satu (1) resit pembelian. - Ahli boleh menyertai cabutan bertuah ini melebihi satu (1) resit mengikut nilai pembelian yang telah ditetapkan.
- Resit pendua (reprint) tidak dibenarkan untuk menyertai cabutan bertuah ini.
- 1 cabutan hadiah akan dijalankan bagi setiap nilai pembelian 10,000 keping resityang terkumpul sahaja.
- Baki resit akan dibatalkan setelah selesai 1 cabutan. Cabutan yang baru akandijalankan bagi setiap 10,000 keping resit pembelian yang terkumpul berikutnya.
- Pilihan warna setiap hadiah telah ditetapkan.
- Hadiah cabutan kereta Hyundai Staria, Perodua Ativa dan Yamaha Y16ZR untuk Road Tax, Insurance dan no. plat kenderaan adalah di bawah tanggungan pemenang sendiri.
- Hadiah setiap cabutan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau hadiah yang lain.
- Pemenang yang sah sahaja dibenarkan untuk mengambil hadiah cabutan tersebut.
- Mata ganjaran boleh dikumpul melalui cabutan bertuah ini.
- Pihak Pasaraya KU berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa sebarang notis.