Pasaraya KU mempunyai kelebihan dari segi harga borong kerana produk kami datang terus dari pengilang. Walaupun harga jualan yang ditawarkan adalah rendah, Pasaraya KU sentiasa menyediakan suasana membeli-belah yang selesa dengan hawa dingin. Produk yang dijual juga mengikut trend fesyen yang terkini, sesuai untuk semua golongan masyarakat. Kami menggalakkan pelanggan membanding harga, produk serta layanan kami.
