Pemberian Baucar Tunai

Terma & Syarat-syarat

  1. Pemberian baucar tunai bermula dari tarikh 15 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020 di semua cawangan Pasaraya KU kecuali cawangan Pasaraya KU Kamunting.
  2. Baucar Tunai sah digunakan sebelum tarikh tamat tempoh sahaja. Baucar tunai yang dicetak semula, tiada tanda tangan dan tiada cop kedai adalah tidak sah.
  3. Pasaraya KU tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan sebarang baucar tunai yang hilang atau rosak.
  4. Baucar Tunai hanya boleh digunakan satu kali sahaja, sah hanya untuk satu resit pembelian dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  5. Pemberian baucar tunai terbuka kepada semua pelanggan Pasaraya KU yang memenuhi nilai pembelian barangan yang ditetapkan. Permintaan untuk baucar tunai lebih tidak akan dilayan.
  6. Stok pemberian baucar tunai adalah terhad dan diberi sementara stok masih ada.
  7. Pelanggan tidak boleh menggunakan baucar tunai pada resit asal pembelian yang mendapat baucar tunai tersebut.
  8. Setiap baucar tunai boleh digunakan untuk membeli barang-barang Pasaraya KU.
  9. Pelanggan tidak layak mendapat baucar tunai yang seterusnya. Sekiranya pembelian barangan tersebut dibayar menggunakan baucar tunai.
  10. Pasaraya KU berhak untuk menambah, menukar, meminda atau mengubah terma dan syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.