Pengenalan
Kad Ahli KU

Kad Ahli KU

Kad Ganjaran Keahlian ini ialah satu progam yang dibawa khas kepada semua pelanggan kami sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda. Tanpa sokongan anda, kami tidak mungkin dapat berkembang perniagaan kami dengan pesat.

Dengan pelancaran program kad keahlian ini, Pasaraya Ku harap dapat memahami pelanggan kami dengan lebih mendalam. Kad keahlian ini boleh digunakan untuk mengumpul mata setiap kali anda berbelanja di mana-mana cawangan Pasaraya Ku.

Mata yang dikumpul boleh ditukar kepada baucar tunai dan baucar tersebut boleh digunakan di mana-mana cawangan Pasaraya Ku. Pelanggan boleh menikmati cara moden untuk berbelanja tanpa membawa wang bersama. Mata yang dikumpul tidak mempunyai tarikh luput. Sebagai ahli Kad Ganjaran Keahlian Pasaraya Ku, anda dijemput menghadiri setiap acara yang dianjur oleh Pasaraya Ku pada masa akan yang datang.

Belanja RM2 = 1 mata ganjaran KU

Kad Silver KU

Kad Silver KU telah diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada semua Ahli lama Pasaraya KU yang masih memegang Kad Ahli Lama bernombor 7299-0204-XXXX-XXXX. Program Tukar Kad Ahli Lama kepada Kad Silver KU telah dilancarkan pada bulan Mei 2013 dan Program ini telah dijalankan selama 6 Tahun 8 Bulan. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada Ahli untuk menukar Kad Ahli lama kepada Kad Silver KU . Dukacita dimaklumkan, program ini telah ditamatkan pada Bulan Februari 2020.

Ahli yang memegang Kad Silver KU ini mendapat lebih faedah iaitu 1 mata ganjaran akan diberi untuk setiap pembelian RM1 berbanding dengan Ahli pemegang Kad Ahli biasa yang mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap pembelian RM2.

Belanja RM1 = 1 mata ganjaran KU